Kebelakangan ni isu bermadu menjadi bualan orang ramai. Pastinya isu ini membuatkan para isteri risau sekiranya ada individu lain yang ingin merebut taktha sebagai permaisuri suami kan?

Apa yang menarik perhatian MH ialah kapsyen yang ditulis Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta di Instagram miliknya baru-baru ini. Sangat mencuit hati dan begitu sarcastic!
Sempat lagi Che Ta berpesan pada suaminya, Zain Saidin agar tidak berkunjung ke pusat karaoke dan menasihatkan suaminya agar tidak extend masjid. (tidak berkahwin lain).

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on Dec 6, 2017 at 4:46am PST
“Hello sayang.. i kt kelantan lagi ni. Jangan noti noti k, jangan p karaoke, jangan extend masjid.Ok bye. @therealzainsaidin.” Tulisnya di laman tersebut.

Loading...

Rata-rata pengikutnya menyangka pesanan tersebut ditujukan kepada selebriti yang baru-baru ini terpalit dengan isu rumah tangga dengan isteri pertama.
Bahkan, ada juga yang mengusik pelakon jelita itu dengan punchline yang diberikan Fazura buat Fattah Amin. Popular betul kan dengan punchline tu kan?

Namun, ini hanyalah spekulasi netizen. Malah, Che Ta sendiri tidak menyatakan mana-mana individu dalam kapsyen tersebut. Itu hanyalah usikan manja.
Jujur suka baca kapsyen-kapsyen Che Ta. Ada sahaja yang mencuit hati. Jom tengok Gambar Che Ta berada di Kelantan, negeri Cik Siti wan Kembang.

Loading...