Apabila melihat gerai makan, warung atau restoran yang dikunjungi ramai pembeli, tentu saja ia akan membuat kita berasa ingin tahu kerana apa kedai tersebut mempunyai ramai pelanggan. Adakah kerana makanannya yang lazat atau harga makanan itu yang murah? Selain dua sebab tadi, tak jarang muncul anggapan serong terhadap si penjual. Mungkin saja si pemilik tempat makan melakukan hal yang tidak sepatutnya dengan menambahkan zat pelaris. Walaupun kita harus berbaik sangka, namun kita juga perlu berhati-hati terhadap perkara sebegini.

Zat pelaris biasanya melibatkan jin peludah yang meludahi makanan sebelum disajikan kepada pelanggan sehingga makanan tersebut terasa nikmat sehingga pelanggan ketagihan untuk datang lagi ke tempat makan tersebut. Kesan dari tindakan jin ini, selain membuat makanan menjadi bertambah lazat, ia juga boleh menyebabkan energi negatif masuk ke dalam tubuh pelanggan yang memakan hidangan yang telah diludahi jin.

Adakalanya, jika orang yang memakan masakan yang diludahi jin itu adalah orang yang baik-baik, maka biasanya setelah memakan makanan beliau akan terasa mual. Bahkan ada juga yang sampai muntah-muntah selepas memakan makanan tersebut. Tahukah anda bahawa terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti jika sesebuah tempat makan itu menggunakan khidmat jin pelaris atau tidak? Dimulai dari rasa makanan dan perkara-perkara lain yang kelihatan seperti tidak sepatutnya.

Loading...

Berikut adalah merupakan senarai ciri-ciri warung yang menggunakan khidmat jin pelaris. Jom semak adakah anda pernah mengalami atau termakan di kedai-kedai yang menggunakan jin pelaris ini!!

1. Makanan Sangat Sedap Tapi Jika Dibungkus Bawa Balik Rasanya Biasa-Biasa Sahaja
Tugas jin pelaris adalah untuk menjaga tempat usaha tuannya. Bukan sahaja menjaga dari sebarang gangguan, tapi juga soal rasa makanan itu sendiri. Jin pelaris akan membuat makanan-makanan yang disajikan rasanya sangat menggoda selera. Meskipun rasa yang enak ini sebenarnya hanya imaginasi sahaja. Mungkin anda sendiri pernah mengalami pengalaman seperti ini. Ketika makan di sebuah tempat mereka menyajikan makanan, rasa makanannya sedap tidak terhingga.

Akan tetapi, apabila makanan yang kononnya lazat tersebut dibungkus dan dimakan di rumah, rasanya yang enak tadi bertukar menjadi sangat biasa. Bukan itu sahaja, malah makanan itu cenderung tidak enak dan cepat basi. Jika anda pernah berada dalam situasi seperti ini, eloklah berhenti dari mengunjungi tempat makan itu lagi kerana ini merupakan salah satu tanda bahawa tempat tersebut menggunakan jin pelaris.

2. Membaca Doa Makan

Rasa makanan berubah. Mungkin anda pernah mengalami hal ini. Ketika makan di suatu tempat dan semasa merasa makanan itu, rasanya memang sangat sedap. Lalu, sejurus kemudian selepas membaca doa makan, rasanya pun jadi berbalik 180 darjah. Rasanya tidak lagi senikmat sebelumnya. Ya, ini juga harus diwaspadai sebagai tanda sebuah tempat itu menggunakan khidmat jin pelaris. Kita telah diajarkan sejak kecil untuk selalu membaca doa sebelum makan. Selain untuk menzahirkan rasa syukur terhadap rezeki yang bakal dinikmati, alasannya lainya ialah agar makanan yang akan kita santap terhindar dari pengaruh-pengaruh negatif seperti ini.

3. Tempat Basuh Pinggan Biasanya Sangat Jauh

Menurut pengalaman sesetengah orang, tempat yang dikhuatiri menggunakan khidmat jin pelaris biasanya mempunyai satu tempat yang terpisah dari bangunan utama. Biasanya tempat tersebut digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk. Memang kadang-kadang ia tidak terlihat mencurigakan, tetapi ini diketahui sebagai cara agar jin pelaris boleh melakukan kerjanya dengan baik.

Ini kerana jin biasanya tidak suka dengan tempat yang dipenuhi oleh ramai orang. Jadi, mereka perlukan ruangan khusus. Kononnya menurut sesetengah orang, di tempat basuh pinggan mangkuk inilah jin pelaris membuat kerjanya dengan cara menjilati semua pinggan-pinggan yang ada. Diketahui hal ini dimaksudkan agar makanan jadi semakin sedap dan lazat. Meskipun hal ini boleh menjadi salah satu tanda adanya jin pelaris, namun tak semua tempat makan yang tempat cuci pinggannya jauh menggunakan jin penglaris. Mungkin juga kedai tersebut mempunyai sebab yang tersendiri.

4. Terdapat Ruang Khas Yang Tidak Boleh Dibuka

Tempat makan yang menggunakan khidmat jin pelaris, biasanya memiliki satu tempat khusus yang tidak boleh dibuka sesuka hati oleh sesiapa saja walau dengan apa alasan sekalipun. Ini kerana ruangan ini biasanya digunakan tempat tinggal si jin pelaris tersebut, atau mungkin juga sebagai ruang bagi si empunya kedai melakukan jampi-jampi atau aktiviti pemujaannya.


Jadi, cuba perhatikan adakah tempat makan yang anda gemar kunjungi punya ruangan seperti ini? Jika ada, kemungkinan kedai-kedai tersebut menggunakan khidmat jin penglaris. Namun biasanya cukup susah untuk menemui tempat semacam ini. Sebabnya, letaknya sendiri memang sengaja dibuat khusus agar tidak menimbulkan sebarang kecurigaan.

Memang susah untuk dipercayai, tapi hal seperti ini sudah menjadi fenomena sejak lama dahulu. Tapi, pada akhirnya, mahu percaya atau tidak, semua itu terpulang kepada diri masing-masing. Namun, satu perkara yang perlu diingat adalah yakinlah bahawa hal-hal yang ghaib itu ada. Bahkan dalam Islam, percaya akan hal ghaib adalah salah satu bukti keimanan.

Loading...