Dua orang pengembara tegar iaitu Cynthia Bennett dan teman lelakinya telah memelihara seekor anjing bernama Henry pada tahun 2014.

Pada awalnya, Cynthia mahu mengambil seekor anjing baka golden retriever sebagai anjing peliharaan namun dia telah jatuh cinta pandang pertama sewaktu melihat Henry.

Loading...

Pada ketika itu, Henry baru berusia 14 minggu tetapi mempunyai saiz badan lima kali ganda lebih besar berbanding anak anjing lain yang sebaya dengannya.

Sebaik sahaja Cynthia masuk ke dalam sangkar Henry, anjing yang manja ini seolah-olah tahu bahawa Cynthia akan menjadi tuannya.

Jadi, Henry terus datang kepada Cynthia dan berbaring di atas pahanya. Bukan itu sahaja, Henry turut berguling-guling sambil meminta perutnya diusap oleh Cynthia.

Manja sungguh Henry bukan? Pandai betul anjing ini mengambil hati Cynthia.

Melihat keletah Henry yang sangat manja dan selesa di pangkuannya, Cynthia mengambil keputusan untuk memelihara Henry dan membawanya pulang ke rumah mereka.

Memandangkan Cynthia dan pasangannya sangat gemar mengembara ke seluruh dunia, maka mereka telah membawa Henry bersama-sama melayari pengalaman pengembaraan itu.

“Selepas tiga hari memelihara Henry, kami bawanya mendaki bersama. Pada waktu itu, Henry telah menemui cerun yang paling curam dan berlari ke atas untuk melihat pemandangan dari atas tebing,” jelas Cynthia kepada The Dodo.

Tambah Cynthia lagi, pada waktu itulah dia dan teman lelakinya mula menggelar Henry sebagai ‘kambing gurun yang kecil’.

Beberapa bulan kemudian, pasangan ini sekali lagi mencapai kata sepakat untuk mengambil seekor lagi haiwan peliharaan sebagai ahli keluarga mereka. Kali ini, mereka ingin memelihara seekor kucing pula.

Setelah lima bulan pencarian, Cynthia berjaya menemui seekor kucing Siam yang diberi nama Baloo. Mereka membawa Baloo pulang ke rumah dan memperkenalkannya kepada anjing mereka, Henry.

Ternyata Henry seperti mempunyai tarikan tersendiri apabila Baloo turut jatuh cinta dengan serta-merta bersama Henry. Kedua-duanya mempunyai perhubungan yang sangat akrab dan gemar bermain bersama.

Beberapa lama kemudian, Baloo pula dibawa menjelajah bersama-sama Henry.

Menurut Cynthia, “Saya sering ditanya bagaimana kami membiasakan Henry dan Baloo dengan pengalaman mengembara ini. Tetapi hakikatnya, kedua-dua haiwan ini sangat gemar melakukan aktiviti di luar rumah”.

“Sebaik sahaja saya memegang rantai Henry, Baloo akan mula mengiau di pintu”.

Comel sungguh! Pasti ramai yang geram melihat gelagat manja kedua-dua haiwan ini bukan?

Sumber: Bored Panda

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Loading...