Nampaknya isu Dira Abu Zahar menasihati Fathia ketika memberi ucapan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini memang menjadi perbualan hangat dikalangan netizen.

Walaupun ada yang bersetuju kenyataan Dira yang meminta Fathia untuk turun padang dan jangan hanya tahu menulis keluhan di media sosial sahaja, namun masih banyak juga yang kurang bersetuju dengan kata Exco Puteri Umno ini.

Ramai beranggapan Dira tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata seperti itu kerana dirinya juga merupakan salah seorang selebriti yang dikenali di tanah air.

Bukan sahaja peminat, nampaknya golongan artis juga turut terasa dengan komen pedas dan lantang daripada pelakon 100 Hari Jadi ini dan mempersoalkan bagaimana Dira yang dahulunya dalam bidang yang sama tergamak mengeluarkan kata-kata seperti itu.

Loading...

Malah tidak ketinggalan, ada juga beberapa kalangan artis yang turut membangkang kata Dira kononnya selebriti tidak perlu masuk campur dalam hal ini.

Ini dia beberapa Selebriti yang menyuarakan dan berkongsi pendapat mereka tentang isu ini.

1. Adibah Noor
Bila artis bersuara, mulalah depa guna “template” yg sama utk hentam artis tu cukup2. Iaitu:

1. Artis tu akan dilabel pro-pembangkang
2. “Bukan bidang kau so jangan nak pandai2”
3. Dah sendu so nak cari publisiti murahan
— ADIBAH NOOR (@adibahnoor) December 7, 2017

Dan macam2 lagi secara terbuka seolah2 “artis” tu tak de hak langsung nak bersuara.
Aduhai..
Well… you know what…?
— ADIBAH NOOR (@adibahnoor) December 7, 2017

Ramai di antara netizen yg baca ruang komen itu adalah jauhari dan pengundi berdaftar. #Represent
— ADIBAH NOOR (@adibahnoor) December 7, 2017

2. Daphne Iking

Fathia can say/tweet what she wants. Dira pun boleh -moreso since she IS actively involved in politics.
My message is consistent.Make your vote count in the next election.If you aren’t registered yet,it’s not too late. #ItsHowAndWhatYouSayThatDifferenciates #JomBerlove
— Daphne Iking (@DaphCLPT) December 7, 2017

And for fish sake. Don’t say “orang hiburan jangan masuk campur sangat hal ehwal politics”. They pay taxes too. Well. At least the ones I hang out with.
— Daphne Iking (@DaphCLPT) December 6, 2017

3. Ahmad Idham

Satu yg saya masih tercari cari jawapan. Bila satu persoalan dikeluarkan yg di balas adalah kecaman. Knp susah sgt troopers ni nak jawap. Takan nak bagi soalan objektif… jawap dgn berhemah tak boleh ke? Artis tanya je tu..
— Ahmad Idham Nadzri (@Ahmad_Idham) December 6, 2017

4. Sharifah Amani

This whole “if you’re not with us, you’re against us” thing has to stop lah. We are tax paying citizens. We have our rights. We should be able to speak & stand up for our beloved country regardless of what we do. #KamiAnakMalaysia https://t.co/E1BerWlwsi
— Sharifah Amani (@sharifahamani) December 7, 2017

Loading...